Tak elok kita ceduk dan ciplak kan? Dari beberapa sebab, ia adalah 'tak pernah menjadi sesuatu yang etika'.
Beginilah,
Sebelum aku diberikan status dengki, atau irihati atau sibuk pada urusan orang lain, di bawah ini adalah satu kenyataan yang agak memalukan.
taken from
Peggy Hernandez Brewer
//quote//
Critter Love,
FACEBOOK PEOPLE, Please be advised and spread the word that there is FALSE ADVERTISING statements going around on a
Malaysian Board. The name is
Suggie Shop. They were advertising they will be selling the HPW Plus and HPW Complete in Malaysia, this is INCORRECT. They are NOT carrying nor selling my products.
They are also advertising they are publishing a sugar glider book. It is MY BOOK they are Plagarizing.
//unquote//
Okay, kamu semua tentu maklum siapakah dia orangnya. Sebahagian besar yang follow page ini, kenal dan arif tentang orang tersebut.
Aku takkan mengetengahkan hal ehwal melayu atau racism disini. Dan aku bukan jenis suruh kamu semua 'fikir-fikirkanlah' atau 'renung-renungkanlah'.
Diatas, kamu boleh baca sekadar sebagai pengajaran, atau makluman. Sesiapa sahaja ada sebab untuk mempertahankan diri, secara total atau defensive. Tapi, harus maklum bahawa kebenaran tetap kebenaran. Dia ada ruang untuk memberikan alasan , cuma janganlah terlalu rakus sangat untuk mendelete/memadamkan entry mengenai pendapat yang salah.
Kita sebagai pengguna atau kawan-kawan, berhak menentukan yang terbaik tanpa meninggalkan prinsip etika kehidupan.
Menyokong secara membabi buta terhadap sesuatu yang terangan salah, amat memalukan diri sendiri.
Trivia:-
Siapakah Peggy Hernandez Brewer? Beliau adalah pemilik dan pencipta resepi The HPW Plus™ and HPW Complete™ Diet Powders.Kenyataan dan tulisan diatas dibuat untuk memberikan sedikit fakta, dan bukan untuk membaham mana-mana perniagaan yang jujur serta beretika.
...