Saat-saat yang menyedihkan adalah
1. apabila melihat begitu banyak iklan di wall facebook tentang menjual sugar glider.
Umumnya, sudah leka dengan minda yang tertulis , 'Lepas bela nie, kita biar dia beranak, lepas itu jual, dapatlah untung'
Jika ada dalam minda kamu tentang perkara diatas, itu adalah satu sifat yang paling keji.
Bukan kerana minat tapi wang semata-mata. Tak kisahlah jika kamu memberi 'makan' suggie dengan makanan yang berkhasiat..(Epal sahaja kan?)
Kamu pasti masyarakat umum sudah tahu cara penjagaannya?
Satu hari, aku terpaksa menyampuk perbualan seorang gadis dengan penjual binatang di sebuah pusat membeli-belah.
Gadis yang agak teruja tadi, menjadi agak lemah bila aku katakan ada banyak perkara terpaksa kita korbankan untuk minat ini.
Penjual agak terkejut bila aku senaraikan pemakanan sugar glider
"Sugar glider boleh makan ayam rebus?"
Diantaranya adalah masa.
Bangun tengah malam untuk bermain dan penyediaan makanan untuk sugar glider bukan sesuatu yang harus dipandang enteng.
Membiarkan sugar glider kesunyian tatkala kita keluar untuk tempoh masa yang lama, bukan sesuatu yang baik.
Ianya bukanlah hobi yang kamu ingin belikan kepada anak atau bapa yang kesunyian dirumah.
Tuesday, July 5, 2011
Sesuatu yang memalukan..beranak dan menjual joey
Author: joey glider
| at : Tuesday, July 05, 2011 |
Category :
pregnant sugar glider,
sugar glider,
sugar glider for sale,
where to buy sugar glider
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Offical Dist : 
1 comments:
dah selalu sgt tgk joey glider pelarian. Yg diletakkan dalam sangkar hamster berhabuk and makan epal secara berebut2...sian.
harga RM250-RM300
Post a Comment