
Di dalam psikologi, 'narcissistic' membawa maksud seseorang/golongan yang ego, ketagih pujian, suka bila mendapat perhatian dan dikenalpasti dengan sifat 'elitism' (sombong dan terlalu memilih kelompok kawan).
Sifat narcissistic ini mempunyai tahapnya yang tersendiri. Di tahap biasa, orang yang mempunyai sifat narcissistic kelihatan sangat menarik. Mereka pandai mengambil perhatian dan kerap memberikan presentation yang mantap. Sifatnya yang meriah membuatkan mereka mudah sangat untuk membuat kawan baru. Walaupun demikian, itu cumalah di permukaan sahaja.
Jauh di lubuk hati yang paling dalam, mereka hanya berpura-pura.
Di tahap penyakit, orang yang bersifat narcissistic ini memusuhi orang yang lebih menarik dari mereka. Mereka mempunyai dendam kesumat yang didiamkan dan kemudiannya membawa kepada perbuatan sabotaj. Sebagai contoh, anda boleh menonton American Psycho (amaran: saya tak meng-endorse anda menonton 18sx, pandai-pandailah censored sendiri). Ia menceritakan tentang Patrick Bateman. Narcissus di era 80'an.
Namun begitu, bukan semua yang berkait dengan narcissistic ini negatif. Orang yang mempunyai sifat ini pandai menyaluti idea biasa sehinggakan ia nampak grand. Contoh terdekat adalah George Soros dan juga Steve Jobs. Perlakuan yang dipanggil 'productive narcissism' ini memberi banyak faedah sekiranya tidak dilakukan secara keterlaluan.
Raikan sifat kita yang unik. Belajar dari kesilapan. Sentiasa bertenang dan terus hidup dengan pandangan yang positif setiap masa.
Offical Dist : 
0 comments:
Post a Comment