Tuesday, October 26, 2010

Buff Headwear Review

Buff Headwear - Bukan sekadar stylo tapi multipurpose headwear!

Aku memang sudah lama mahu cari fabrik/material ini sejak menonton siri Survivor.Perasan headwear yang mereka guna? yup..produk dari Buff buatan dari Sepanyol.Tahan lasak, beb!


Survivor Nicaragua Episode 1


Ada banyak pilihan warna dan corak untuk kita pilih.Dari apa yang aku lihat dikedai Corezone Jalan SS2/24 PJ, terlalu banyak! Jangan segan silu untuk bertanya kepada staff disana tentang fungsi dan Buff Headwear yang sesuai dengan kamu.

Aku cadangkan juga kamu buat pilihan terlebih dahulu dilaman web mereka sebelum datang.Mau rambang mata weh...

Product headwear ini sememangnya agak mahal dan terdapat juga jenama 'imitation buatan China' , namun aku pasti jenis fabrik yang digunakan tidak akan sama seperti keluaran Original Buff Headwear.


Dengan harga diantara RM79 hingga RM115, produk Buff Headwear ini diperbuat dari Technical Fibre 100% Polyester Microfibre.


Buff Headwear Original & National Geographic Buff

Perasan ada tag active odor control?Fungsi ini kekal dan mengekalkan mutu fabric Buff Headwear.

Cara-cara memakai Buff Headwear adalah seperti dibawah.

Sebenarnya ada banyak lagi gaya.Cuba google , pasti akan jumpa.







Feature Buff Headwear adalah seperti dibawah:-

  • Tiada kesan jahitan cantuman (seamless) sekaligus mengelakkan kita dari berada gatal dan miang.Tekstilnya yang sungguh 'stretchy' dengan seamless microfiber fabric
  • Untuk apa sahaja aktiviti, sama ada berjogging, ketika melakukkan tugasan luar, dalam keadaan panas terik atau ketika menunggang motor/basikal.Boleh pakai Buff Headwear ketika dalam bilik meeting yang sejuk bukan main.Lilit sahaja pada leher.
  • Bentuk yang yang elastik memudahkan kita untuk menggayakannya dalam pelbagai bentuk
  • Size? baby Buff (45/51), junior Buff(50/55) dan Original Buff (53/62)
  • Diperbuat dari high tech 100% polyester microfiber , bermakna fabrik ini amat selesa dipakai tanpa membuatkan kita sesak nafas.Kualiti fabrik ini juga sangat lembut.Soft feeling gitu.
  • Design? ada banyak.Pilih sendiri http://www.mycorezone.com/main.php?section=product&page=product_search&category_id=0&brand_id=78
Aku akan menggunakan National Geographic Buff Headwear (Berharga RM79) sebagai facemask, ketika tugasan diluar,sebagai bandana, lilit dileher pada waktu sejuk dan banyak lagi

Buff Headwear boleh didapati di




Corezone
climbing & outdoor recreation equipment
42, Jalan SS2/24,
47300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Atau melalui laman http://www.mycorezone.com untuk pesanan melalui online.

FAQ lengkap untuk Buff Headwear disini

*Ini adalah review tak berbayar.Terima kasih untuk staff di Corezone (lupa tanya nama dia) atas penerangan ringkas beliau mengenai fungsi dan cara pemakaian Buff Headwear*

0 comments:

Post a Comment